Nota Pembelajaran

TEMA 2 : PERIHAL KAWASAN SETEMPAT

TOPIK : MASYARAKAT SETEMPAT


Nota Pembelajaran -   Penduduk Malaysia

1)   Penduduk di Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama.

2)   Kaum yang terbesar ialah Melayu, diikuti Cina, India, Punjabi dan masyarakat peribumi di Sabah dan
      Sarawak.

3)   Orang Melayu beragama Islam dan terdapat kaum lain juga yang beragama Islam.

4)   Terdapat juga penduduk yang menganuti agama Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain. Selain itu 
      terdapat juga penganut agama lain seperti Bahai.

5)   Taburan penduduk dan bilangan penduduk mengikut bangsa, kaum dan jantina antara sesebuah tempat
      seperti kampung, bandar dan negeri adalah berbeza.

6)   Penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai peringkat umur seperti kanak-kanak, dewasa dan orang
      tua.

7)   Kadar kelahiran di Malaysia adalah tinggi kerana negara kita merupakan sebuah negara yang sedang
      membangun.

8)   Taburan penduduk sesebuah tempat bergantung kepada faktor seperti bentuk muka bumi, ekonomi, 
      kemudahan asas dan sejarah.


GAMBAR PENDUDUK MALAYSIA YANG BERBILANG BANGSA

***********************************************************************

Nota Pembelajaran - Agama dan Kepercayaan

1)   Kaum Melayu

-   Beragama Islam, dan bersembahyang di masjid dan surau.
-   Merayakan Hari Raya Puasa iaitu setelah berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan.
-   Merayakan Hari Raya Aidil Adha iaitu bersamaan dengan 10 Zulhijjah setiap tahun.
-   Manyambul Maulidur-Rasul iaitu bersamaan 12 Rabiulawal sempenan kelahiran Nabi Muhammad SAW.
-   Mempercayaai kepercayaan seperti kanak-kanak tidak boleh bermain di waktu senja, anak gadis di 
     larang menyanyi di dapur dan adat melenggang perut kepada wanita yang mengandung anak sulung.


GAMBAR WANITA MELAYU


2)   Kaum Cina

#   Beragama Buddha yang diasaskan oleh Sidartha Gautama dan bersembahyang di tokong.
#   Merayakan Tahun Baru Cina sempena tahun baharu dalam kalendar cina mengikut lambang binatang 
     seperti monyet, kuda, ayam dan lain-lain.
#   Menyambut Hari Wesak sempena memperingati tiga hari penting dalam kehidupan pengasas agama 
     Buddha.
#   Menyambut perayaan Cap Goh Mei iaitu pada hari ke 15 selepas sambutan Tahun Baru Cina.
#   Mempercayai warna merah membawa tuah dan lambang kebahagiaan. Warna hitam dan putih adalah
     sebagai melambangkan kesedihan dan kematian. Manakala angka genap dipercayai sebagai lambang
     kebahagiaan dan membawa tuah.


GAMBAR KAUM CINA

3)   Kaum India

%   Beragama Hindu dan mempercayai dewa dan dewi seperti Dewa Krishna, Dewa Vishnu, Dewi Lashmi
      dan Dewi Durga.
%   Besembahyang di kuil dan menganggap lembu sebagai binatang suci.
%   Menyambut Deepavali atau Pesta Cahaya iaitu diraikan sempena menghapuskan kejahatan.
%   Menyambut Thaipusam iaitu diraikan untuk menyembah Dewa Subramaniam dan melakukan nazar.
%   Mempercayai bahawa memasang lampu semasa hari Deepavali akam memberkati rumah yang
      mempunyai cahaya. Larangan menyapu sampah semasa Hari Deepavali supaya rezeki mereka tidak
      hilang.
%   Selain itu perlu mengelakkan daripda memecahkan barang-barang semasa Hari Deepavali.

GAMBAR KAUM INDIA

***********************************************************************

Nota Pembelajaran - Kegiatan Ekonomi

1)   Penduduk Malaysia menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi untuk sara hidup.

2)   Kegiatan ekonomi adalah seperti :-

     a)   Pertanian = pekebun, petani, pembalak, nalayan dan penternak.
     b)   Perkhidmatan = Doktor, guru, polis, tentera dan kakitangan kerajaan.
     c)   Perindustrian = Operator pengeluaran, jurutera dan juruteknik.
     d)   Perniagaan = Pekedai, peruncit, pemborong, jurujual dan pengusaha restoran.
     e)   Pelancongan = Perlombongan = Jurutera, pelombong dan pendulang.

GAMBAR KEGIATAN EKONOMI IAITU PERTANIAN

1 comment: