Monday, 19 November 2012

Mengapa Rakyat Malaysia Harus Bersatupadu....


"RAKYAT MUAFAKAT NEGARA MAJU"

Rakyat bermuafakat negara maju itulah antara slogan yang sering dilaung-laungkan untuk menunjukkan betapa pentingnya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Rakyat Malaysia perlu bersatu agar dapat mewujudkan perpaduan, lebih-lebih lagi bagi negara seperti Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada masyarakat pelagai kaum yang mempunyai latar belakang budaya dan adat resam yang berbeza. Dalam kalangan masyarakat majmuk ini saling memahami satu sama lain amat penting untuk menjamin keamanan negara. Negara yang aman dan harmoni dapat membangun dengan pesat lantas memberikan keselesaan hidup kepada rakyatnya. 
UNIKNYA MASYARAKAT MALAYSIA SEUNIK BANDERA MALAYSIA......
Rakyat yang bersatu padu juga dapat menggembleng tenaga dalam menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi supaya ekonomi negara berkembang pesat. Hasil pengeluaran pelbagai sektor seperti pertanian dan pembuatan akan dapat ditingkatkan dan berkembang maju. Sekiranya rakyat kita bersatu pelabur asing tentunya berminat melabur dalam negara yang stabil dan makmur.
Sekiranya rakyat bersatu padu, sudah pasti kehidupan rakyat akan aman dan sejahtera hasil perpaduan tersebut lahirlah generasi berilmu, yang mampu menjadi contoh kepada negara-negara yang lain. Keadaan ini menjadi tarikan kepada pelancong datang ke negara ini seterusnya untuk menikmati keindahan negara kita dan keunikan budaya masyarakat di sini. Masyarakat Malaysia yang bersatu juga melahirkan generasi muda yang berwibawa yang mampu menjadi pemimpin yang berkaliber serta pekerja yang berdisiplin yang mampu menangani segala bentuk masalah sosial dalam masyarakat seterusnya mengurangkan kadar jenayah.
AKTIVITI KEMASYARAKATAN DAPAT MEWUJUDKAN PERPADUAN SESAMA KAUM...
HUH MANA ADA DI NEGARA LAIN....
Pelbagai usaha perlu dilakukan supaya masyarakat sentiasa bersatu padu, contohnya dengan mengadakan program rukun tetangga di sesebuah kawasan perumahan.  Selain itu aktiviti gotong-royong yang melibatkan semua penduduk di sesebuah kawasan patut diadakan dengan kerap mewujudkan semangat kerjasama dan saling membantu.


BEGITULAH CERITANYA.......
ANDA MAHU BERKONGSI PANDANGAN DAN IDEA...
SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN.....





INGIN TAHU?

 ANDA INGIN TAHU?


Jumlah penduduk di negara kita diperolehi melalui 
banci penduduk yang dilakukan setiap 10 tahun sekali.



Masyarakat orang Asli terdapat di Semenanjung Malaysia. 
Di Kelantan, terutama di jajahan Tumpat terdapat masyarakat yang berketurunan Thai/Siam.


INFO KAJIAN TEMPATAN

BAYI YANG COMEL....

Setiap kelahiran anak warganegara perlu didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapatkan Sijil Kelahiran, Mykid untuk kanak-kanak dan Mykad untuk orang dewasa.