Sunday 2 December 2012

USAHA MEMUPUK PERPADUAN

Dalam mengharungi arus globalisasi serta menerajui dunia ketiga, kita sayugia memperkasakan keeratan serta perpaduan kaum di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya rusuhan kaum. Justeru, variasi kaum haruslah bergerak sederap bagai aur dengan tebing sebagai satu sinergi menjurus ke wawasan 2020. Menurut kata Perdana Menteri yang keenam, keakraban rencaman kaum merupakan penawar yang paling mujarab bagi menyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah’ bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat’. Selain itu, sinergi daripada semua pihak berganding bahu melakukan usaha-usaha yang proaktif dan efektif dalam merealisasikan aspirasi rakyat seantero Malaysia. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan bagi memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia?
Dalam mengharungi arus pemodenan, usaha yang efisien harus ditangani untuk membentuk perpaduan kaum di negara kita. Pihak keraajaan mempunyai peranan dalam merealisasikan perpaduan kaum. Usaha kerajaan mengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan untuk menyambut perayaan kaum utama Malaysia amat dialu-alukan. Menurut Perdana Menteri kita, konsep Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis sebegini. Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, sarwajagat negara kita yang tediri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi. Mereka menghadirkan diri dan mengitimkan hubungan mereka dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang. Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia. Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan kaum seperti kata pepatah ‘bersatu teguh Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.
Sejajar dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan program Hari Keluarga, semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat disemarakkan. Agenda program ini bertujuan untuk mewujudkan nilai keakraban dan membendung sikap diskriminasi. Serentak dengan itu, menerusi program hari keluarga ini, pelbagai lapisan masyarakat yang hadir dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar idea dan pendapat berkaitan dengan sesuatu isu. Sebagai contoh, sekolah-sekolah di seluruh pelosok negara juga dapat melibaatkan diri dalam sambutan Hari Keluarga. Di samping itu, kerajaan juga boleh mengadakan sambutan ini khas untuk kakitangan kerajaan. Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentuk perpaduan kaum di Malysia boleh direalisasikan dengan program Hari keluarga yang berpotensi untuk memperkasakan hubungan antara kaum di negara kita. Seiring dengan itu, system pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang pintas untuk merealisasikan hasrat ini. Pengenalan satu system pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan perpaduan kaun. Selain itu, sekolah wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil juga mempercepat proses perpaduan kaum. Sebagai contoh, aktiviti kumpulan yang dijalankan dapat memperkasa hubungan kaum di peringkat sekolah. Selain itu, penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi negara kita sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain seperti slogan bahasa jiwa bangsa. Izharnya, memang tidak boleh kita nafikan bahwa sistem pendidikan negara kita menjadi pemangkin dalam proses memperkasa hubungan sesama kaum. Dari kaca mata yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan salah satu langkahh dalam mendekati matlamat dan harapan para pemimpin kita dalam mencapai perpaduan kaum. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yakni Melayu, Cina dan India. Rakyat boleh mengaplikasikan budaya kaum mereka dari aspek pemakanan, pemakaian, dan peradaban serta berkongsi dengan kaum-kaum lain. Sebagai contoh, semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis dan kuliah-kuliah. Makanan India seperti roti canai dan tose juga semakin diminati oleh kaum yang lain. Oleh itu, kemasukan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara. Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum. Sebagai intiha, dapatlah disimpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran sesebuah negara perlulah bergantung kepada perpaduan kaum di Malaysia. Pelbagai pihak harus bergerak sederap, seia sekata dalam iltizam mencapai hasrat keharmonian dan perpaduan negara bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Perpaduan kaum merupakan suatu misi yang amat penting agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju ke arah pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Rakyat adalah aset negara yang paling bernilai dalam pembinaan negara yang berbilang kaum demi visi Wawasam 2020.
, bercerai roboh’.

Monday 19 November 2012

Mengapa Rakyat Malaysia Harus Bersatupadu....


"RAKYAT MUAFAKAT NEGARA MAJU"

Rakyat bermuafakat negara maju itulah antara slogan yang sering dilaung-laungkan untuk menunjukkan betapa pentingnya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Rakyat Malaysia perlu bersatu agar dapat mewujudkan perpaduan, lebih-lebih lagi bagi negara seperti Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada masyarakat pelagai kaum yang mempunyai latar belakang budaya dan adat resam yang berbeza. Dalam kalangan masyarakat majmuk ini saling memahami satu sama lain amat penting untuk menjamin keamanan negara. Negara yang aman dan harmoni dapat membangun dengan pesat lantas memberikan keselesaan hidup kepada rakyatnya. 
UNIKNYA MASYARAKAT MALAYSIA SEUNIK BANDERA MALAYSIA......
Rakyat yang bersatu padu juga dapat menggembleng tenaga dalam menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi supaya ekonomi negara berkembang pesat. Hasil pengeluaran pelbagai sektor seperti pertanian dan pembuatan akan dapat ditingkatkan dan berkembang maju. Sekiranya rakyat kita bersatu pelabur asing tentunya berminat melabur dalam negara yang stabil dan makmur.
Sekiranya rakyat bersatu padu, sudah pasti kehidupan rakyat akan aman dan sejahtera hasil perpaduan tersebut lahirlah generasi berilmu, yang mampu menjadi contoh kepada negara-negara yang lain. Keadaan ini menjadi tarikan kepada pelancong datang ke negara ini seterusnya untuk menikmati keindahan negara kita dan keunikan budaya masyarakat di sini. Masyarakat Malaysia yang bersatu juga melahirkan generasi muda yang berwibawa yang mampu menjadi pemimpin yang berkaliber serta pekerja yang berdisiplin yang mampu menangani segala bentuk masalah sosial dalam masyarakat seterusnya mengurangkan kadar jenayah.
AKTIVITI KEMASYARAKATAN DAPAT MEWUJUDKAN PERPADUAN SESAMA KAUM...
HUH MANA ADA DI NEGARA LAIN....
Pelbagai usaha perlu dilakukan supaya masyarakat sentiasa bersatu padu, contohnya dengan mengadakan program rukun tetangga di sesebuah kawasan perumahan.  Selain itu aktiviti gotong-royong yang melibatkan semua penduduk di sesebuah kawasan patut diadakan dengan kerap mewujudkan semangat kerjasama dan saling membantu.


BEGITULAH CERITANYA.......
ANDA MAHU BERKONGSI PANDANGAN DAN IDEA...
SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN.....





INGIN TAHU?

 ANDA INGIN TAHU?


Jumlah penduduk di negara kita diperolehi melalui 
banci penduduk yang dilakukan setiap 10 tahun sekali.



Masyarakat orang Asli terdapat di Semenanjung Malaysia. 
Di Kelantan, terutama di jajahan Tumpat terdapat masyarakat yang berketurunan Thai/Siam.


INFO KAJIAN TEMPATAN

BAYI YANG COMEL....

Setiap kelahiran anak warganegara perlu didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapatkan Sijil Kelahiran, Mykid untuk kanak-kanak dan Mykad untuk orang dewasa.



Saturday 27 October 2012

PERPADUAN KAUM LAMBANG KEHARMONIAN MASYARAKAT


SEMANGAT PERPADUAN DI MALAYSIA


   

   


Gambar di atas menunjukkan semangat perpaduan yang jitu dalam diri semua penduduk di Malaysia. Semangat perpaduan dapat mengeratkan tali persaudaraan di antara semua kaum di negara kita. Perkara ini amat jelas ditunjukkan semasa menyambut sesuatu perayaan kerana semua penduduk meraikan perayaan dengan aktiviti mengunjungi rumah jiran dan sahabat handai.

MASYARAKAT MALAYSIA

PENDUDUK DI MALAYSIA ADALAH BERBILANG KAUM. 
NAMUN PERPADUAN TETAP DIUTAMAKAN.
INI TERBUKTI APABILA LAGU 1MALAYSIA TELAH MENJADI PILIHAN DI BIBIR SEMUA RAKYAT.

Lirik Lagu Satu 1 Malaysia - Koir Pelajar

Verse 1
Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti

Verse 2

Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama

Chorus
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Verse 3
Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata sehati dan sejiwa

Verse 4
Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati

Chorus x2
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

----------------------------

Lagu “Satu Malaysia” telah digubah dan ditulis liriknya oleh Mr. Anuar Razak, Director and Head of Lim Kok Wing Sound and Music Academy.

Satu Malaysia theme song was composed, sung and arranged by Lim Kok Wing Sound and Music Design Academy students and staffs and produced by Lim Kok Wing University.

Singers

1. Ronnie
2. Ernie
3. Lim Kok Wing Choir


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-lagu-satu-1-malaysia.html#ixzz2AUNTP0iz

BLOG INI BERKAITAN MATA PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

TOPIK PILIHAN : MASYARAKAT SETEMPAT


Penduduk di Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Kaum yang terbesar ialah Melayu, diikuti Cina. India, Punjabi dan masyarakat peribumi di Sabah dan Sarawak.

Friday 5 October 2012

TUGASAN PJJ SEMESTER 2

PENILAIAN SEPANJANG 14 MINGGU (60%):
KRT3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH

Tugasan 1A, 1B: Perbincangan Forum (10%)- MyGuru3

Tarikh penilaian Tugasan 1A :
            Forum mula dibuka    : 1 Oktober 2012
            Forum ditutup             : 19 Oktober 2012

Tarikh penilaian Tugasan 1B :
Forum mula dibuka    : 5 November 2012
            Forum ditutup             : 23 November 2012

Secara individu, pelajar dikehendaki terlibat dalam perbincangan forum yang diaktifkan oleh pensyarah e-learning masing-masing. Markah berjumlah 5% akan diberikan bagi setiap tajuk forum berdasarkan kekerapan dan kupasan positif pelajar terhadap perbincangan yang diberikan. Kriteria penilaian markah untuk perbincangan forum adalah seperti berikut:

SKALA MARKAH
KRITERIA KEKERAPAN PENGLIBATAN DALAM FORUM
4 - 5%
Penglibatan forum baik. Idea dan kupasan yang diberikan adalah bernas dan kritis
3%
Penglibatan forum kurang dari tiga kali. Kupasan yang diberikan adalah ringkas dan tiada sebarang idea/cadangan baru dibincangkan.
1-2 %
Penglibatan forum tidak memberangsangkan. Kupasan yang diberikan terlalu ringkas.
0 %
Tiada bukti penglibatan dalam forum langsung.








Tugasan 2: Pembudayaan ICT Dalam Profesionalisme Guru (20%)

Tarikh akhir penghantaran Tugasan 2 :  16 November 2012

Secara individu, pelajar dikehendaki membina satu persembahan multimedia berkaitan dengan bidang tugas anda.
Tajuk persembahan: PEMBUDAYAAN ICT DI (Nama sekolah atau Pejabat anda bertugas sekarang).

Persermbahan multimedia yang dibina adalah mengenai aktiviti yang dilaksanakan dalam persekitaran kerja anda. Persembahan tersebut perlu mematuhi peraturan berikut:

1.  Persembahan multimedia ini boleh dihasilkan menggunakan sebarang perisian yang bersesuaian (contohnya Microsoft PowerPoint, OpenOffice Impress, dan sebagainya).
2.  Bilangan slaid adalah di antara 10 – 15 slaid sahaja.
3.  Kandungan persembahan adalah seperti berikut:
·      Teks
·      Grafik
·      Jadual
·      Graf
·      Animasi
·      Audio
·      Pautan antara slaid persembahan (pautan dalaman).
·      Pautan antara slaid persembahan dengan dokumen lain (pautan luaran)

4.  Penghantaran tugasan 2 ini perlu dibuat mealui Tapak Tugasan 2 dalam MyGuru3. Penghantaran melalui pos tidak akan dilayan.
5.  Penulisan persembahan ini perlulah mengikut gaya penulisan akademik dan perlu disenaraikan sumber rujukan untuk setiap kandungan persembahan yang dirujuk daripada sumber luar.


Kriteria penilaian markah untuk tugasan 2 adalah seperti berikut:
Kriteria
Markah
Kandungan persembahan
7%
Kreativiti persembahan
10%
Rujukan
3%
JUMLAH
20%






Tugasan 3: Pembangunan Blog P&P (30%)
Tarikh penilaian akhir pada  14 Disember 2012
Blog anda perlu aktif dan dihantar pada Tapak Tugasan MyGuru3 pada  15 November 2012

Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:
1.    Pelajar boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
2.    Pilihan matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran utama yang ditugaskan di sekolah.
3.    Pastikan nama, foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan di muka hadapan blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa dikemaskini sebelum tarikh akhir penilaian tugasan blog.
4.    Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
·      Bahan pembelajaran seperti nota, soalan latihan, aktiviti di dalam kelas dan sebagainya.
·      Gambar
·      Audio
·      Video
5.    Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada kandungan yang dipaparkan.
6.    Sediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti Facebook, Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.

Tugasan blog hendaklah dihantar melalui Tapak Tugasan 3 dalam Myguru3.
Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kriteria berikut:

KRITERIA
MARKAH
Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian
15%
Senireka blog dan kerativiti
10%
Pandangan dan omen daripada pelawat blog
5%
JUMLAH
30



PERINGATAN
Plagiat bagi mana-mana tugasan adalah dilarang sama sekali. Sekiranya pelajar didapati meniru/menipu dalam mana-mana tugasan boleh dikenakan tindakan tatatertib serta hukuman setimpal dengan kesalahan.

Thursday 4 October 2012

Lagu HIJAU - Zainal Abidin


Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang


Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila di jiwa kita masih lagi muda
Dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi,opresi,obsesi diri
Polusi,depressi,di bumi,kini

Oh..anok-anok
tokleh meghaso mandi laok
Besaing,maing ghama-ghama
Ale lo ni tuo umurnyo bejuto
Kito usoho
Jauhke dari malapetako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak
Hok biso wei,pasa maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tokleh tehe
Sapa bilo-bilo


Read more: http://artists.letssingit.com/zainal-abidin-lyrics-hijau-88mqtfv#ixzz28L1TXUEJ
LetsSingIt - Your favorite Music Community